About Me

My photo
Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum ...believe in Allah.. Prinsip- forgive,Forget and ikhlas...In sha Allah everything will be fine... setentunya....Allah SWT Tuhanku ,Agama Islam nyawaku! Rasulullah SAW rasulku..Idolaku nyawaku Ikutanku Dunia Akhirat..!!!!in Sha Allah Amin Ya Rabb!! Blog ini khusus ana buat menjadi ana punya diari, segala curhat hati ana luahkan di blog ana ini.. Mohon kepada sesiapa yang terbaca blog ana, jgn ada yg terasa hati.. Semuanya hanya perasaan dari hati ana tidak berniat untuk ditujukan kepada siapa siapa untuk menyakitkan..jikalau terasa.. Hnya curhat hati saja untuk menghindari kesalahfahaman

Monday 12 January 2015

bila resah

Selagi kita berkasih sayang
Takkan ku mungkiri janji
Bersamamu selamanya
Adakah kau pun begitu
Menghargai perasaan hati yang suci
Bila resah, Ingat saat indah
Bila rindu, Ku nyanyikan lagu mu
Sehari ku rasa bagaikan setahun
Menunggu tibanya oh bahagia
Oh... Kini, ku tak lagi sendiri
Kau telah pun kembali di sisi
Berdua menghadapi segala rintangan ini
Ku yakini keikhlasan cinta kau beri
Bila resah, Ingat saat indah
Bila rindu, Ku nyanyikan lagu mu
Sehari ku rasa bagaikan setahun
Menunggu tibanya oh bahagia
Kita saling mengharapkan
Agar terus.. Melangkah menuju arah
Yang takkan menghancurkan kita
Ku yakini keikhlasan cinta kau beri...
Bila resah, Ingat saat indah
Bila rindu, Ku nyanyikan lagu mu
Sehari ku rasa bagaikan setahun
Menunggu tibanya oh bahagia
Bila resah, Ingat saat indah
Bila rindu, Ku nyanyikan lagu mu
Sehari ku rasa bagaikan setahun
Menunggu tibanya oh bahagia

Satu perkara

dah lama ana nak settlekan satu perkara ni, tapi sampai sekarang masih tak settle.
Satu perkara ni yang amat-amat menggangu fikiran ana hari-hari.
Bila saja ana nak settle,  pasti tak pernah menjadi..

Ya Rabb, tolong tunjukkan ku jalan...
Bukakanlah hati nya

Saturday 10 January 2015

Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.[1]


Hadis ini membenarkan apa yang disebut sebelum ini, bahawa hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya.

Walaubagaimanapun hendaklah diperhatikan bahawa apa yang meredhakan ibubapa tidak mengakibatkan kemurkaan Allah. Maksud saya, jangan melakukan sesuatu yang merupakan maksiat kepada Allah dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:

Menjadi kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. Maka jika disuruh untuk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya.[2]


Di samping tidak boleh berbuat baik kepada ibubapa dalam hal-hal yang merupakan maksiat kepada Allah, kita juga tidak boleh berbuat baik kepada ibubapa dalam hal-hal yang merupakan maksiat kepada Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam. Baginda berpesan:

Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya berbanding ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya.[3]


Cinta kepada Rasulullah, sebagaimana yang dimaksudkan oleh hadis di atas, bukanlah sekadar perasaan di hati tetapi adalah dengan pembuktian praktikal, seperti mentaati perintah larangan baginda, mengikuti sunnahnya dan membenci bid‘ah yang merosak dan mencemari sunnah tersebut.

Oleh itu tuntutan berbuat baik kepada ibubapa haruslah selari dengan petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah, iaitu syari‘at Islam. Justeru seandainya ibubapa menyuruh kita membelikan mereka minuman keras atau membantunya membuat acara kemungkaran seperti pesta (party) di rumah, kita tidak perlu mentaatinya. Jika kita mendapati ibubapa cenderung kepada sesuatu yang menyelisihi syari‘at Islam, hendaklah:
  1. Terlebih dahulu memastikan bahawa ia benar-benar menyelisihi syari‘at Islam. Jika perkara tersebut merupakan sesuatu yang diperbincangkan oleh para ilmuan, maka hendaklah kita mengambil sikap berlapang dada. Oleh itu, sebagai contoh, jika kita cenderung kepada hukum larangan mendengar muzik manakala ayah pula gemar mendengar lagu-lagu klasik, maka hendaklah kita bersikap lapang dada. Biarkanlah ayah mendengar lagu-lagu kegemarannya.[4]
  2. Jika dipastikan bahawa ia benar-benar menyelisihi syari‘at Islam, maka janganlah ditegur secara kasar dan mendadak. Sebaliknya maafkanlah mereka, pohonkan keampunan Allah kepada mereka[5], kemudian berbincanglah secara hikmah dan lemah lembut. Kemudian jangan diharapkan perubahan secara serta merta, sebaliknya bertawakkallah kepada Allah agar pada satu masa nanti, secara bertahap-tahap, mereka akan berubah. Ikutilah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam perkara ini, iaitu sebagaimana firman Allah:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka danpohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. [Ali Imran 3:159]


Berdasarkan hadis-hadis yang dikemukakan di atas, dapat dirumuskan bahawa sebelum seseorang itu membuat apa-apa keputusan, hendaklah diperhatikan bahawa keputusan tersebut menepati dua syarat berikut:
  1. Ia selari dengan syari‘at Islam.
  2. Ia diredhai oleh ibubapanya.

Seandainya wujud pertentangan antara dua syarat tersebut, hendaklah dicari jalan untuk menghilangkan pertentangan tersebut. Ini akan dijelaskan seterusnya dalam buku ini.

Pengajaran lain yang tidak kurang pentingnya daripada hadis di atas, yakni sabda Rasulullah yang bermaksud:Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”, ialah jika kita mengalami kehidupan yang sempit lagi serba tak menjadi, hendaklah diperhatikan hubungan kita dengan ibubapa. Ini kerana seorang anak yang berada di bawah keredhaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi lapang lagi mudah hasil daripada keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepadanyaSebaliknya seorang anak yang berada di bawah kemurkaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi sempit dan serba tak menjadi, disebabkan kemurkaan Allah kepadanya.

Friday 9 January 2015

Assalamualaikum wbt..salam jumaat :)

Tak terasa waktu cuti minggu depan dah stat nak TP.
Walau hati tak ready namun tetap harus dihadapi..
 Tak pe..
 Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian..
Tetapkan dihati dan minda..
Apa yang kita buat ni adalah for the sake of Allah..
Untuk ibu bapa dan untuk kebaikan diri juga..
Mencari ilmu itu jihad..:)
In shaa Allah segala-galanga akan berjalan dengan lancar..
Yang penting sering berdoa , usaha dan ingat Allah

Saya berbalik kepada kes mimpi..
again ana masih bermimpi tentang seorang sahabat ini..
Kalau tak lama..sekejap pun ada
Let me keep it to my self isi mimpi tu..
Yang pasti semua yg positif..dan ianya sangat menyentuh hati dan perasaan saya terhadap lancarnya ukhuwwah persahabatan kami dlm mimpi ana itu..berlainan dengan realitinya yang semakin renggang ..
Terima kasih padamu ya Rabb .. Mungkin engkau memberiku petunjuk melalui mimpi tu
Supaya diriku tidak menyerah..atau adanya sbab lain lagi..
Allah engkau maha Mengetahui..
Ku serahkan semua padaMU

Ps : doakan saya dan sahabat dalam perjuangan TP Kali selama 3 bulan in shaa Allah..
Syukran..
Tp - teaching practise

Thursday 8 January 2015

Me of 2015.

Slave of Allah..

Me and books.
Me and travel.
Me and music.
me and maturity.
Forgive and forget.

Me of 2015. 

In shaa Allah.

reminder ..

 my blog is my diary, i wrote what i felt. Not to hurt anyone or anything..its the way i let out half of my tensionity .. So  mostly i tell everything here.. but not to the extent of telling my everyday life routine tho..only when my mood came.. I too have my own privacy and secrets as everyone do :) i never ever meant to hurt anyone..And mostly if im being honest here because i just want to make things right of my personal matter..so please  do not misunderstand

Ps : this is the only SM that i feel safe . Because only a few know about my blog.. .  So to u who knows my blog, i really count on you, keep it a secret ..As i trust you.

Wednesday 7 January 2015

Pesan buat hati

Jodoh
hati.. Andai kau jatuh pada seseorang..
Jatuhlah kerana Allah
Hati.. andai kau jatuh pada seseorang..
Jatuhlah dengan cara yang halal.
Hati..mengertilah bahawa Allah merencanakan segalanya dengan sempurna
Hati bersabarlah..andai belum masanya di dunia..in shaa Allah di syurga kelak menunggumu
Jangan lemah dalam berdoa .


sahabat
Hati andai kau sayang pada sahabatmu..
Sayanglah kerana Allah
Hati.. Andai kau rindu pada sahabatmu..
Rindulah kerana Allah
Hati..andai kau ikhlas ingin bersahabat..
Ikhlaslah kerana Allah
Hati..bila kau mula merasa keretakan dalam persahabatan
ingat Allah..berdoa padaNya untuk kelembutan hati serta keberkatan dalam persahabatan
Jangan lemah dalam berdoa

don't

One thing,

Don't ever lie.

Monday 5 January 2015

like a fool

Like a fool. Ive been waiting.
  
Im hurt. Very! . 


Saturday 3 January 2015

Alhamdulillah

First thing first..
Mau tau ape? Hehe
Results exam ana for this sem dah out! Tadi petang...
Alhamdulillah ana lulus begitu juga sahabat ana...
Alhamdulillah alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi..
Walaupun i was really struggling and had such a really hard times masa exam kali ni..
The results were quite unexpected bagi ana..
Semua ini atas rancangan Allah.. Alhamdulillah atas kesederhanaan result ana
Bersyukur yang teramat..
And surprisingly the results were out so unexpectedly early ..yata semua orang mcm terkejut and wonder
 Cemana boleh dia kuar awal lak..hehe but takpe apa apa pun tetap syukur alhamdulillah atas segalanya..